AKTIVITI PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN (FOSIM)

Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, premis makanan wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Empat (4) kategori pengkelasan adalah seperti berikut:

  • P1 – Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
  • P2 – Semua premis makanan yang terlibat di dalam  atering dan  atering makanan besar-besaran,
  • P3 – “Outlet” makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan
  • P4 – Semua kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan sedia dimakan.


Pendaftaran premis makanan tersebut perlu dilakukan oleh pemilik premis melalui aplikasi atas talian yang beralamat di http://fosim.moh.gov.my/ Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran premisnya dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.

📗MANUAL PENGGUNA

atau VIDEO TUTORIAL dibawah


Sumber : http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=441000094