PROGRAM


KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN



LATAR BELAKANG :

Sehingga kini dianggarkan seramai 2.5 juta orang pengendali makanan di seluruh Malaysia yang mempunyai pengalaman dan latar belakang pendidikan. Oleh itu, satu program latihan yang seragam untuk pengendali makanan telah dirangka dan dilaksananakan dibawah pengawasan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.


PERUNTUKAN UNDANG – UNDANG :

AKTA MAKANAN 1983 DAN PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009. Diwartakan pada 28 Februari 2009. Mewajibkan setiap pengendali makakanan menghadiri LPM dan mendapatkan sijil LPM daripada SLPM yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Denda dan Penalti tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun jika tidak menjalani latihan atau memilik sijil LPM




OBJEKTIF KURSUS :

  • Mempelajari pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan didalam operasi pengendali makanan
  • Membentuk satu sikap professional terhadap pekerjaan pengendali makanan
  • Mengambil berat tentang kebersihan alat-alat yang digunakan di dapur, disekitar bilik dan bangunan ditempat perkhidmatan beroperasi
  • Menjaga dan mmemahami prinsip menjaga diri yang sempurna dan personality yang baik
  • Mempraktik semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam menjalankan tugas harian.
  • Keracunan makanan
  • Pencemaran makanan dan pencegahannya
  • Amalan kebersihan diri
  • Penyediaan pengendali dan penyimpanan makanan
  • Pembersihan dan pembuangan sisa makanan (sampah)
  • Pengenalan “HACCP” dan konsep suci
  • Cara pemakanan yang sihat
  • Etika kerja dan perundangan
  • Kuliah
  • Perbincangann kumpulan
  • Tayangan video/ gambar/pembentangan


PESERTA :

Program ini dirangka khas untuk semua pengendali makanan yang menjalankan perkhidmatan dihotel, kelab, restoran warung, gerai, penjaja, kantin, kafeteria, kilang memproses makanan dan juga katering. Bilangan maksimum peserta bagi satu sesi kursus adalah 30 orang.


METADOLOGI KURSUS :

Kuliah kursus akan dijalankan melalui medium syarahan, tayangan video, sesi soal jawab dan ujian


KEPERLUAN KURSUS :

Bilik syarahan, Projektor Slaid, Komputer Riba, LCD Projektor dan Set Pembesar Suara (bergantung kepada keperluan)


JANGKA MASA KURSUS :

3 Jam adalah tempoh masa yang ditetapkan untuk berkursus dan wajib bagi peserta menghabiskan tempoh masa yang telah ditetapkan bagi melayakkan peserta untuk mendapatkan sijil LPM


YURAN KURSUS :

Bayaran kursus untuk seorang peserta adalah RM 50.00
Caj pengurusan dan modul peserta RM5.00
Caj pengeposan sijil (kursus secara atas talian) RM7.00
Caj Perjalanan (Mileage) bagi sesi kursus in-house


ATURCARA KURSUS :

0830 – 0900
(30 minit)
PENDAFTARAN
0900 – 0905
(5 minit)
PENGENALAN & PRA UJIAN
0905 – 1155
(2 jam 50 minit)
CERAMAH, PEMBENTANGAN DAN PERUNDINGAN
-          Perundangan
-          Pencemaran Makanan
-          Penyakit bawaan makanan & air tumpuan keracunan makanan
-          Kebersihan diri dan premis
-          Kawalan sisa buangan dan makhluk perosak
-          Makanan sihat
-          Etika dan perundangan kesihatan
1155 – 1200
(5 minit)
POST UJIAN
1200
TAMAT

*masa yang dinyatakan diatas adalah sebagai contoh dan rujukan sahaja